|
MAKLUMAT MENGENAI
PERUBATAN HOMEOPATI
|
|
Homeopati
Merupakan suatu jenis sistem perubatan moden yang lengkap dan semulajadi
(natural). Sistem ini mengamalkan prinsip “keserasian” dalam tindakannya
menghilangkan penyakit di samping merangsang sistem imunisasi dan Vital Force tubuh badan agar dapat berfungsi secara
optimum dalam penyembuhan tubuh badan secara lebih holistik (menyeluruh)
dan semulajadi.
Perubatan
ini telah dikenali dan diamalkan sejak lebih 200 tahun yang lalu di seluruh
dunia. Pengasasnya ialah seorang pakar perubatan konvensional (allopathy)
dari Germany iaitu Prof. Dr. Samuel Hahnemann yang memperkenalkannya pada
tahun 1790-an.
Menurut kajian dan pengalaman beliau sistem perubatan
konvensional (allopathy) banyak menggunakan dadah (crude drug) di dalam
amalannya. Ia hanya memberi kelegaan sementara kepada pesakit tetapi
mengakibatkan banyak kesan sampingan seperti merosakkan usus, hati, buah
pinggang, sistem saraf, otak dan sebagainya sekiranya diamalkan dalam
tempoh yang lama. Oleh itu, Dr, Samuel Hahnemann mencari suatu sistem
perubatan yang paling selamat dan berkesan. Dari sinilah sistem perubatan
homeopathy bermula.
Di
masa kini kian ramai doktor perubatan di barat mula beralih kepada
homeopati. Ini disebabkan kesedaran masyarakat barat yang terpelajar untuk
kembali kepada sistem perubatan yang selamat semakin meluas. Homeopati
telah lama medapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O).
Oleh itu, tidak hairanlah semakin banyak negara mengiktiraf homeopati
setaraf dengan perubatan konvensional seperti di India dan Pakistan. Di
kebanyakkan negara seperti Russia, USA, Britain dan Australia, homeopati
menjadi pilihan utama masyarakat apabila perubatan konvensional tidak
berkesan atau gagal merawat. Kerabat Diraja England adalah antara pengamal
setia perubatan ini sehingga Queen Elizabeth II sendiri menjadi penaung
Majlis Homeopati United Kingdom. Tidak hairanlah keluarga Diraja England
terkenal dengan taraf kesihatan dan
usia lanjut mereka. Di Malaysia pula, D.Y.M.M. Sultan Kedah merupakan
penaung kepada Persatuan Doktor Homeopati Malaysia. Di Malaysia perubatan
homeopati diperkenalkan oleh doktor-doktor tentera British ketika perang
dunia pertama dan dipopularkan pada tahun 1930-an oleh Prof. Dr.
Burhanuddin al-Helmy. Sehingga ke hari ini, masyarakat dunia telah menerima
homeopati sebagai perubatan alternatif yang berkesan dan diyakini.
|
|
Ciri-ciri
Istimewa penawar Homeopati
|
|
1. Merawat pesakit menerusi proses
perangsangan tenaga hayat (Vital Force) yang semulajadi wujud di dalam diri
kita sehingga sistem pertahanan badan (defence mechanism) tubuh menjadi
lebih kuat, aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit di samping
mengatur sistem pengedaran darah, sistem hormon dan saraf agar beroperasi
secara optima dalam memperbaiki kerosakan dan kecederaan.
2. Ubat homeopati tidak mengandungi
bahan toksik dan dadah dalam bentuk kasar. Ia selamat diambil oleh semua
golongan.
3. Ubat homeopati bertindak secara
mendalam. Ia dapat menjejak penyakit hingga ke akar umbi sehingga mencapai
kesembuhan yang sempurna dengan izin ALLAH s.w.t. Kerapkali pelbagai
penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan konvensional
dapat diatasi dengan mudah oleh perubatan homeopati.
|
|
Arahan
Bagi Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopati
|
|
1. Mulut hendaklah bersih daripada
sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan
seumpamanya selama ½ jam sebelum dan selepas pengambilan ubat homeopati.
2. Jangan menyentuh ubatan dengan
jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan
seperti sudu plastik, kayu, kaca atau objek bukan pengalir elektrik.
3. Ubat homeopati amat baik diambil
ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain
sekurang-kurangnya satu jam.
4. Hisap atau kemam ubat homeopati
hingga cair di mulut.
5. Ubat homeopati tiada kesan
sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan. Bagaimanapun
kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravasion), menandakan tubuh sedang
bekerja menyingkirkan toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan
badan. Sekiranya tidak tertahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti
buat sementara waktu.
6. Bagi penyakit idapan yang kronik
atau idapan yang terlalu lama hendaklah mengamalkan ubat homeopati secara
berterusan sehingga sembuh atau berhubung sendiri dengan AzBudi Pusat Pakar
Perubatan Homeopati & Naturopati 013 - 5297053.
7. Ubat-ubatan homeopati yang
disenaraikan di sini menggunakan formula kombinasi yang dirumuskan mengikut
pengalaman Dr. Azman Mohamad Tahir yang terbukti berkesan. Kesemuanya
adalah ubat berkuasa rendah (low potency) untuk mengelakkan tindakbalas
(aggravation) yang kuat.
8. Penyakit kronik atau idapan yang
lama seperti Psoriasis, Ekzema, Asthma dan lain-lain memerlukan ubat yang
berkuasa tinggi untuk bertindak hingga ke akar umbi demi mencapai
kesembuhan yang sempurna.
9. Kes akut (acute) serangan
penyakit mendadak seperti batu karang, demam jangkitan, pendarahan,
selesema, sakit-sakit badan, hendaklah diambil ubat / remedi secara dos
akut (acute dosage) iaitu antara 1 atau 2 biji setiap 1 jam sekali selama 3 hari berturut-turut.
Selepas tempoh dos akut barulah kembali mengambil dos secara biasa iaitu 1
atau 2 biji -3 higgga 4 kali sehari.
10. Sebarang masalah yang memerlukan
rawatan berkaitan penggunaan ubat-ubatan homeopati sila datang atau hubungi
AzBudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati 013 - 5297053.
|
|
Tanda-tanda
Tindakbalas Penyakit
|
|
Homeopathic
Aggravation
In
Homeopathy, remedies are selected on the basis of Totality of symptom. The
most appropriate remedy suitable to the patient is called similimum. When
such a similimum is given to the patient, at times a temporary
intensification of the symptoms may occur to the patient. This aggravation
shall be mild and usually last only for a short period. Such an effect
sometimes occur following the first dose of the remedy or when the remedy
has been taken more often than needed or if the person is unusually sensitive.
What
is a healing crisis?
Healing
crises are an integral part of homeopathic medicine, where one notices a
“return of symptoms” on the road back to health. In other words, there is a
brief repeat of symptoms one has had in the past, in backwards order of
occurrence. Symptoms that were more recent will recur first, with symptoms
from early childhood showing up much later. They can last from seconds to
days.
In
naturopathic medicine, a healing crisis is seen as a detoxification of the
body as it unloads congestion and toxins that have been stored in the
tissues. Many naturopaths integrate homeopathy into their practice and use
both definitions of a healing crisis when monitoring a patient’s progress.
|
|
F.A.Q/SOALAN
YANG SERING DITANYA TENTANG HOMEOPATI.
|
|
Apakah Perubatan Homeopati?
Homeopati
adalah suatu sistem perubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan
diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden
dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan
melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat
secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun
spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini
adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek
bermaksud "serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yang
mampu menimbulkan gejala penyakit, mampu juga menyembuhkan penyakit yg
serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat
menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.
Bagaimana Ubat Homeopati
dihasilkan?
Ubat
homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan,
mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya
yangdipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. melalui
teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi
unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan
penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana
itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan
berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.
Bagaimana Ubat Homeopati
Berfungsi?
Ubat
homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat
dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan
mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat
(C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga
keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman
& pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing
disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem
perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing
crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu
pesakit digalakkanmakan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan
disamping minum air kosong dengan banyak utkmempercepatkan proses
detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih
cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi
sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan
kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi
yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampumenentukan cepatnya proses
penyembuhan tersebut.
Apakah Ubat Homeopati mempunyai
kesan sampingan?
Ubat
homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui
tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O.
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit
tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan
toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.
Adakah ubat homeopati juga
dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.
Sebagai
mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk
yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan Penawar Tunggal (single
remedy)bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau Diagnosis
keperluan pesakit @ Pelanggan. Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan
aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang
menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri.
Penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan dibawah akta racun
|
|
|
|
|